Saturday, September 20, 2014

Transfer: Awaiting List


Lepas je jijah balik dari cuti sakit apendiks dulu bulan 6 terus jijah hantar borang transfer macam dalam entry INI . konon jijah transfer la dulu sebelum suami. rupanya suami yang nama naik balik semenanjung dulu. sebab harapan dapat la transfer bulan 8 hari tu. encik suami pula transfer bulan 9.. tapi tak sempat. rupanya borang transfer tercicir kat opis matron. nasib la jijah follow up balik dengan unit kejururawatan, buat borang baru, terus minta sign matron dan hantar ke JKN Sabah. 



jadi follow up dengan JKN Sabah mereka dah hantar borang ke KKM Putrajaya awal bulan 8. baru-baru ni call paramedik bagi ic dia kata nama jijah dalam awaiting list untuk transfer. syukur Alhamdulillah. sekurang-kurangnya dalam senarai menunggu dah.

tapi... bila tanya bila lagi pertukaran? puan tu kata meeting hujung tahun ni. bulan 1 baru ada pertukaran sekali dengan pengambilan jururawat baru. 

hancur betul hatiku.....lamanya nak menunggu bulan satu tahun depan tau!... berdua dengan anak.. takut bila dugaan itu datang.. huhuhu tapi takpe takpe lagi 4 bulan je lagi.. sabar.. sabar itu indah bukan?? ada hikmahnya Allah nak beri nanti. Allah kan ada.. yakin tu jijah! chaiyokk!! doakan jijah yer kawan-kawan...



*nota kaki: sila update url baru jijah http://www.ziezah.com/ untuk dapatkan entry terkini.. terima kasih*





Friday, September 19, 2014

Ketaatan Suami Lebih Utama Berbanding Ibubapa




Adat lah bila perempuan dah kahwin tempat isteri haruslah di sisi suami. Namun jika ada pertembungan antara arahan suami dan ibubapa, ketaatan suami lebih utama. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang menceritakan:

Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).

Hadis dari Anas yang menceritakan;

Seorang lelaki keluar bermusafir dan ia menegah isterinya keluar rumah. Ditakdirkan Allah bapa isterinya sakit, lalu ia mohon dari Rasulullah untuk keluar menziarahi bapanya. Baginda berkata; "Bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah menyanggahi perintah suami kamu". Lalu Allah memberi wahyu kepada Rasulullah bahawa bapa wanita itu telah diampunakan Allah dengan kerana ketaatannya kepada suaminya. (HR Imam at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Ausat). 


Maka di sini isteri tetap wajib menurut kehendak suami. Berusahalah memujuk suami supaya memberi keizinan. Jika ia tetap berdegil tidak mahu mengizinkan, tidak ada jalan lain melainkan taat dan patuh kepada arahan suami untuk mengelak dari menjadi isteri yang nusyuz. Mengenai hajat ibu-bapa, tidak berdosa menolaknya dalam kes ini kerana bagi wanita yang telah bersuami, menjaga hak suami lebih utama dari hak ibu-bapa sebagaimana ditegaskan oleh Nabi dalam hadis di awal tadi. Ia boleh menghubungi mereka melalui telefon atau sebagainya untuk memohon maaf dan menjelaskan situasi yang berlaku. Permohonan maaf itu juga termasuk dalam berbuat baik kepada ibu-bapa mengikut yang terdaya dilakukan.

Subhanallah!! betapa besarnya tanggungjawab isteri kan.. bukan mudah. tapi jika kita taat pada suami even terpaksa abaikan ibubapa. ibubapa juga mendapat pahala kerana anak perempuannya taat pada suami. MasyaAllah.. marilah kita menjadi isteri yang solehah :)





Ajarkan Aku Erti Redha dan Ikhlas





Ajarkan daku Erti Redha dan Ikhlas Ya Allah
agar daku TIDAK MENGELUH ketika KEBAHAGIAANKU tidak lagi sempurna...




Thursday, September 18, 2014

Bila Berjauhan Dengan Suami..


Encik suami dah pindah semenanjung. tinggal la sang isteri bersama anak di bumi borneo ini.. alahai... terasa begitu syahdu bila diri rasa keseorangan bertemankan anak tanpa suami di sisi. alangkah baiknya jika dapat tinggal sebumbung suami isteri. bergurau dan keluar berjalan bersama-sama. tapi tak semua perjalanan sebuah perkahwinan akan berakhir tinggal bersama. kadang kala tuntutan kerja, pemergiaan mencari rezeki menyebabkan ramai suami isteri terpaksa tinggal berjauhan.. termasuk lah diri ini sendiri. 

merantau di negeri orang lebih-lebih lagi terpisah laut china selatan tak lah semudah yang kita jangka.. bila anak sakit, kereta rosak, semua uruskan sendiri. nak menangis n sedih tak dapat selesaikan apa-apa.. jadi bila bersendirian, secara tak langsung kita akan jadi lebih kuat semangat dan berdikari sebab daku percaya Allah mahu jadikan daku sebagai isteri dan ibu yang kuat dan tabah. tu sebab Allah turunkan berbagai ujian kepada hambanya bersesuaian dengan kemampuan hambanya itu sendiri. 

sebagai seorang isteri dan ibu yang tinggal berjauhan, daku faham keadaan yang berlaku. paling penting perlu ada kepercayaan, bertolak ansur dan kesetiaan. kata orang sayang anak tangan-tangan kan sayang isteri tinggal tinggal kan. jangan sedih dan jangan menyesali nasib diri. masing-masing ada dugaan tersendiri dalam kehidupan. sebab itulah daku redha dengan situasi ini dan berdoa agar permohonan perpindahan daku ke semenanjung di percepatkan. inshaaAllah..




Allah tidak pernah silap percaturan. walaupun kadangkala nampak salah di mata kita, suatu hari nanti kita akan faham semua takdir Allah.

Jangan sesekali menyesal dengan takdir Allah. Apa yang di takdirkan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya. Ingat tu!!

inshaaAllah...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah