Thursday, January 13, 2011

e-Penyata Gaji/Slip Gaji Online/Sistem e-Laporan Pendapatan Tahunan


Makluman ini telah berkuatkuasa pada Oktober 2010 tahun lalu lagi...tapi rata-rata kawan-kawan daku ramai lagi yang tak tahu ia perlu dicetak sendiri dari laman web ANM. Kini mereka tidak lagi menerima slip gaji atau penyata gaji. Semuanya perlu diakses dan dicetak sendiri dari laman web ANM oleh semua penjawat awam.

slip gaji bulanan sebelum ini


Ini selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010 : Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji dan eLaporan. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan dan panduan menggunakan sistem ePenyata Gaji dan eLaporan.


kepada yang tak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan Penyata gaji bulanan secara online.
yang dah tahu diam-diam je tau!


Cara Mendapatkan Penyata Gaji Bulanan Secara Online

1/ Pergi ke laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan klik e-Penyata gaji dan Laporan

2/ Akan keluar paparan berikut ini. LOGIN menggunakan NO KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN untuk terus masuk dalam Sistem e-Penyata Gaji.



3/ Untuk pertama kali menggunakan sistem ini, sila klik Pertama kali Mendaftar. Sila penuhkan ruangan yang berikut dengan selengkapnya..Dah siap klik OK.



4/ Dah berjaya kalian boleh lah mengakses sistem untuk memaparkan penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan kalian.




Dah siap..jadi penyata yang didapati selepas ini lagi jelas dan boleh di akses 1hari sebelum pembayaran gaji bagi setiap bulan.


kebaikannya : perbelanjaan dalam dijimatkan..selain itu boleh dicetak apabila perlu sahaja.
kelemahannya : tak semua orang mampu ade PC untuk mengprint slip gaji..terpaksa pulak ke CyberCafe untuk mengakses slip gaji ni..


p/s : berhati-hati dalam mengunakan pesword sistem kalian...sekarang macam-macam benda boleh jadi...jangan bagi sewenang-wenangnya no ID kalian ok..



0 doakan jijah cepat transfer semenanjung:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah