Thursday, February 17, 2011

Buruk Baik Kahwin Muda


Assalamualaikum kalian :)

Azizah dan Zul sudah memadu cinta sejak di bangku sekolah lagi. Mereka memang saling mengenali dan apabila masing-masing dapat melanjutkan pelajaran. Mereka berikrar pulak mahu berkahwin apabila tamat belajar. Perasaan cinta yang kuat ni membuatkan mereka mahu berkahwin segera!
Tapi masalahnya pada ketika itu mereka masih muda 20tahun,masih ditanggung perbelanjaan oleh keluarga. Jadi sekarang keluarga mahu mengiyakan atau terus menghalang??

Hahaha cerita di atas menggunakan nama daku adalah rekaan semata-mata! kalian percaya ker...[hehehehe]

ok disini daku nak kongsikan baik buruknya kahwin muda! bukan daku tak ingin nak kahwin muda..tips dalam entri ini pon daku dah terangkan tips nak kahwin awal tu.

Tetapi bagaimana nak mengatasi situasi yang telah di hadapi oleh Azizah dan Zul tu..[heeeee]


1- KEMATANGAN

usia sering dikaitkan dengan kematangan hidup. Betullah kata pepatah "siapa dulu makan garam" yang merujuk pengalaman orang tua kan. Samalah seperti perkahwinan yang mana ia bukan sekadar 1 percubaan dalam hidup. Apabila kalian sudah melangkah kedalamnya kalian harus menempuh segala-galanya,pahit manis,sukaduka mahupun rintangan yang ada. Orang muda biasanya dikaitkan dengan sifat terburu-buru mengikut darah muda apabila tengah marah. Jadi di sini kematangan perlu ada sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

2- KEKOK DAN KAKU

Usia 20tahun adalah usia sangat muda. Sudah tentu ia berbeza dengan orang berusia 25tahun terutama dari segi pemikiran,gaya hidup dan kematangan. Pada usia muda ini sudah tentu kalian rasa kekok untuk melaksanakan tanggungjawab. Anda tentunya langsung tidak bersedia untuk bangun tengah malam untuk membuat susu atau tukar lampin tatkala rakan seusia yang lain sedang enak diulit mimpi indah. Setuju dengan daku tak kalian??

3- KEHIDUPAN SEHARIAN

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa,lelaki dan wanita. Apabila kalian memasuki fasa perkahwinan kalian perlu memahami keperluan dan kehendak. Disini kehidupan seharian kalian mula berubah. Kalian akan lebih mengutamakan keperluan seperti kalia membeli susu bayi berbanding mendahulukan kasut atau baju disukai. [Setuju tak?] Kalau kalian sudah bersedia untuk mengubah segalanya kalian boleh memikirkan baik buruknya berkahwin pada usia muda ini.

4- SOAL WANG RINGGIT

Ini lah paling penting sekali. Justeru kalian sudah memasuki fasa perkahwinan,kalian perlu mempunyai kewangan yang kukuh. Bila berkahwin pada waktu tengah belajar sampai bila kalian harus meminta pada keluarga. Sekurang-kurangnya kalian perlu berdikari untuk memiliki wang sendiri dan mengumpul harta sendiri. Disini banyak kes-kes penceraian yang dilaporkan di mahkamah akibat kewangan. Biasalah orang muda masih memikirkan keseronokan dan tidak sempat menyimpan duit sendiri. Justeru itu inilah nilai yang harus kalian bayar samaada mahu berkahwin muda mahupun belajar dahulu.

5- PERUBAHAN POSITIF

Ya! Tidak dinafikan perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Apabila kalian memilih untuk berkahwin, kalian sudah mengikut sunnah Rasullulah SAW. Kalian juga memilih untuk tidak terjerumus ke lembah maksiat.



Kesimpulannya :

Jika kalian mahu berkahwin muda atau sudah matang bukan itu ukurannya! yang penting kalian sudah bersedia menghadapi pahit manis,suka duka dalam kehidupan. Bagi yang hendak merealisasikan impian ini,kalian boleh menempuhnya. Cuma buruk atau baik terpulang kepada kalian tentang institusi pekahwinan ni.. kalian yang akan menghadapinya dan cuba untuk membentuk atau membina sebuah rumahtangga yang selamat dan harmoni! dan buktikan yang berkahwin muda bukan penghalang segalanya..


Selamat Beramal...Rujuk ENTRY ini jugak :D

p/s: dulu terasa nak kawin muda tapi sikalang sudah pikir tanggungjawab yang akan dipikul..that y lah tak kawin lagik..huhuhuhu alamak umur dah 20++ ni!




6 doakan hakimi jadi anak soleh:

Nurul Atiqah Mutaza.iQa said...

insyaallah kalau berani menanggung risiko kawen awal.insyaallah kita mampu face semua masalah

Cik Azizah said...

Nurul Atiqah Mutaza.iQa~ Insyallah harap2 macam tu lah....

ardinihumaira said...

kawen awal ke lewat tak jadi masalah. yang bermasalah tu individu itu sediri bila takmo pk matang untuk perkahwinannya kan ;)

Putri Malu said...

sebenarnya kahwin muda ni tak la banyak sangat keburukan nye. kahwin muda atau tak, tanggungjawab sama je. muda tak boleh dijadikan alasan atas apa2 sebarang alasan.hehe.. tanggungjawab tetap sama. cuma cepat atau lambanya sahaja yang berbeza.... wink wink. janagan takut kawen muda.:)

Cik Azizah said...

putri malu~ tak takut kawin muda..mmg nak pon..tapi tu la..msalah ekonomi jadi kekangan lah..huhu

kechiklovepipie said...

kawin muda ka x smua pon akn ad msalah..trpulng dari psangan tuh sndri nk handle mcamana. lagipun kalau dah jodoh..kwin jea la kn...pkara yg baik xusah laa d lambatkn lagi...sya sndri tfikir nk kwin muda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah