Tuesday, February 1, 2011

Zikir keluar rumah


Assalamualaikum kalian :)


بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Bismillahi tawakkaltu ‘alallah laa hawla wa laa quwwata illa billah
(Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya).

mak daku selalu berpesan
nak keluar rumah baca zikir di atas ni..
Dengan membaca zikir ini kita akan terjaga dalam perjalanan
untuk menunaikan tanggungjawab kita tak kira hajat dunia mahupun akhirat.

mak daku pasti berpesan amalkan zikir ni
sebab daku akui kadang-kadang daku ni alpa
dan pergi bertugas tanpa mengamalkan zikir ni
musibah akan melanda
itu daku akui!

dan kini..
setiap kali daku mahu pergi bertugas
daku mesti WAJIB baca zikir ini
agar daku mendapat petunjuk ke jalan yang benar
dan terlindung dari kejahatan...
Amin.

daku kadang-kadang rasa putus asa dengan hidup ni.
kenapa daku diberi dugaan sebegitu rupa!
takut!
tak terpikul rasa tanggungjawab yang daku harus galas ni!
Ya Allah
selamatkan lah dunia akhiratku
hidup matiku di tangan Mu Ya Allah..

Keutamaan zikir Ini
  1. Akan sentiasa mendapat petunjuk ke jalan yang benar. Allah akan sentiasa memberi petunjuk disebabkan seseorang meminta pertolongan pada Allah melalui zikir ini. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, tidak mungkin ada yang dapat menyesatkannya.
  2. Akan diberi kecukupan dalam setiap hajat yang ingin dilakukan baik dalam perkara duniawi maupun ukhrowi.
  3. Akan terlindungi dari gangguan musuh iaitu setan dan lainnya.
  4. Setan akan menyingkir (menjauh) dari orang yang membaca dan meyakini zikir ini kerana dia telah memiliki benteng atau pelindung dari gangguan setan yang terkutuk.
  5. Jika ada setan lain yang akan mengganggunya atau menyakitinya, setan yang lain akan mengatakan pada setan tersebut: Bagaimana mungkin engkau bisa mengganggu orang yang telah mendapat petunjuk, kifayah (kecukupan) dan wiqoyah (perlindungan).


p/s : Keutamaan ini menunjukkan pada kita mengenai pentingnya membaca zikir ini setiap kali keluar rumah agar terhindar segala malapetaka..Amin Insyallah

klik ini jugak comey :)

0 doakan jijah cepat transfer semenanjung:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah