♥Fresh From Oven Cik Azizah♥

Sunday, March 6, 2011

Bajet Barang Hantaran Untuk Majlis Pertunangan





BAJET SEDERHANA


Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Seterusnya, fikirkan bajet yang kalian sudah simpan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tidak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti.

Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan. Walau bagaimanapun, sebelum memilih barang-barang hantaran, kita perlu mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya, jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.

Senarai Hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
  1. Sirih junjung
  2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
  3. Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
  4. Kain songket (kain pelekat pun bleh gak..:-))
  5. Sejadah
  6. 6. Tuala
  7. 7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
  8. 8. Coklat atau manisan lain
  9. 9. Kek
  10. 10. Potpourri
  11. 11. Buah-buahan


Senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
  1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek
  6. Buah
  7. Coklat atau manisan lain
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding, dan sebagainya



4 doakan jijah cepat transfer semenanjung:

nazrul ashraff said...

tak nak pikir..nanti mak boleh tolong pikirkan..haha..

Cik Azizah said...

hahaha memang la..lelaki tak pyh pikir,,,ni yg pompuan pening pale ni..huhu

Azira-Rabbit-Carrot said...

betul3..pmpuan yg pening pale nie..

Cik Azizah said...

azira rabiit carrot: fuh nak pitam rasa pikir benda ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah