♥Fresh From Oven Cik Azizah♥

Friday, March 11, 2011

Kenapa lelaki muda suka kahwin wanita berusia ya??

Rata-rata sekarang lelaki muda suka mencari wanita lebih berusia dari mereka kan untuk dijadikan pasangan...kenapa ye??



Mungkin di sebabkan faktor ini kot :

1. Lebih matang dan berpengalaman - Wanita berusia manjanya beralas, tidak gedik-gedik sangat.. Pernah tak kalian lihat wanita umur 40-an gedik-gedik pakai serba pink duduk di shopping complex?? ha..tak pernah kan...

2. Menumpang kestabilan ekonomi - Sambil menyelam minum air. Apabila lelaki muda bercinta dengan wanita berusia, lelaki itu juga dapat menumpang kestabilan ekonomi...Yelah majoriti sekarang wanita lebih berjaya kan..

3. Tidak kuat merajuk – Dikatakan wanita muda kuat merajuk dan kadang-kadang terlalu lebih... Betul ke?? emm....

4. Lebih memahami naluri lelaki - Mungkin wanita berusia berpengalaman apabila bersama dengan lelaki. Justeru, dia mungkin tahu yang mana perlu dan tidak perlu dilakukan bila bersama lelaki yang jauh lebih muda darinya. Wanita inilah yang akan jadi jurupandu perjalanan dan lelaki itu hanyalah menurutnya...hahaha macam queen control la pulak..hehe

5. Lebih bersifat keibuan – Lelaki selepas kahwin selalunya inginkan anak cepat-cepat. Tetapi kebanyakan isteri muda tidak bersedia timang anak awal-awal kerana takut badan tidak mantap lepas bersalin, atau belum bersedia bergelar ibu. Jadi bagi lelaki yang memikirkan tentang ibu bapanya yang semakin tua dan ingin menimang cucu sebelum menutup mata, wanita berusia memang pilihan utama.. ya ini salah satu sebabnya!

p/s: Wanita berusia yang belum berrumahtangga tidak perlu khuatir. Yakinkan diri kalian tu untuk berpenampilan lebih menarik. Kerana wanita muda yang cantik dan seksi juga ada saingan hebat sekarang. Apa pendapat kalian? Setuju dengan daku tak?




4 doakan jijah cepat transfer semenanjung:

Myaby said...

okei

i terasa.

boypren i muda 2 tahun

ahaha

Cik Azizah said...

@myaby~ hahahaa..jijah cakap secara rawak jer..ngee....
tapi biasa walaupon dorang muda tapi dorang matang kan....hee

Asha Shalina said...

sekarang pun ramai lelaki yg sy kenal lagi muda dari saya..hehe...

Cik Azizah said...

@asha~ hahaha..abis tu camner?? asha terima ke..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah