Sunday, May 15, 2011

Anak Kurang Berat Bagaimana Mengatasi-Part 1 [Kanak-kanak Kurang Berat Badan]


Assalamualaikum kalian..

di sebabkan hari ahad adalah hari hujung minggu bagi keluarga. ramai ibubapa juga meluangkan masa bersama anak-anak pada hari sabtu ahad bukan.. hari bekerja almaklumlah tak ramai ibubapa boleh meluangkan masa yang banyak bersama anak-anak. mereka lebih menghantar anak ke nursery,tadika,maid dan mungkin menghantar anak ke pengasuh.

jadi daku ingin berkongsi info ini berkaitan Anak yang Kurang Berat Badan ni pada setiap hari sabtu dan ahad boleh? hehehe

Kanak-kanak Kurang Berat Badan

Kanak-kanak membesar dengan cepat. Jika pemakanannya tidak di awasi, dia mudah menjadi kurus atau kurang berat badan.

culik kat gugel


Kanak-kanak sihat

1. Perkembangan mental meningkat
2. Cergas dan aktif
3. Ceria dan gembira
4. Cerdas dan bijak
5. Kanak-kanak yang sihat menunjukkan potensi yang tinggi dalam pembelajaran


pakcik gugel jugak


Kanak-kanak kurang berat badan

1. Perkembangan mental terjejas
2. Diam dan tidak aktif
3. Muram
4. Mudah mendapat jangkitan penyakit

Kurang berat badan boleh di kenal pasti melalui lengkuk pertumbuhan pada carta pertumbuhan kanak-kanak. Lengkuk pertumbuhan adalah petunjuk pemakanan dan kesihatan kanak-kanak yang paling baik.

Pertumbuhan anak boleh di awasi dengan mengukur berat badan dan tinggi. Di klinik, berat badan anak kalian di catat pada carta pertumbuhan.

Carta Pengawasan Pembesaran - Perempuan
Carta Pengawasan Pembesaran dan Perkembangan untuk kanak-kanak perempuan 



Carta Pengawasan Pembesaran dan Perkembangan untuk kanak-kanak Lelaki. 

Ambil berat badan anak kalian mengikut jadual dan pastikan berat badannya normal mengikut carta pembesaran. Berjumpa dengan professional kesihatan sekiranya berat badan anak kalian jatuh di bawah paras normal.


ikuti sambungan minggu hadapan ^^


2 doakan jijah cepat transfer semenanjung:

rara pinkmafia said...

hehehhe cik misi bagi nasihat.budak2 skrg ni payah kan.terkurg bg mkn,tak sihat.terlebay obes.tak mcm kite dulu.

Ardini Humaira said...

bagus kan skang ni pantau berat badan dengan lebih sistematik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah