♥Fresh From Oven Cik Azizah♥

Friday, November 18, 2011

Ikan Piranha Gigit 15 Perenang di Brazil



Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.

Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.

“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV. 

Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22. 

“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki. 
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.

Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.

Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.

Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi


mak ai. mengganas ikan piranha ni sampai putus ibu jari kaki. menakutkan jer.. huhuhu ikan piranha tu ikan ape tu tak pernah dengar pon. ngehngehngeh



12 doakan jijah cepat transfer semenanjung:

nuyui a.k.a miss YUI said...

erk!! gerun!

Noh Kodiang said...

ikan merupakan sejenis ikan kembung...orang malaysia banyak menggunakannya untuk dibuat gulai dan masak lemak...


hahahahahhahaha

Azhafizah[フィザ] said...

ikan piranha tu makan ikan kembung jijah..goreng pun sodap...hahaha..ikan ni kalau ade sekor pun dah rase macam ade sejuta..tengok je dah takut..huhu

Cik Azizah said...

@Noh Kodiang oh yeker...ikan kembung kita gigit orang jugak ke.. muahaha ^^

Cik Azizah said...

@Azhafizah[フィザ] ooooooo patut la ganas. ikan kembung kita tak la sampai putus ibu jari orang kan...hahaha

MaYa MustWany said...

tapi bila tgk muka..alahai sweet je muka ikan tuh..muka tak bersalah..hihihi

Wanie said...

ikan pirahna yg kecik tu kan jijah, gihi tajam n panjang..huu..ngeri2..siap hilang ibu jari..yang gata p berenang kawasan bahaya buat pe..

Ardini Humaira said...

aiyooo maaaa sakitnyee aduiii eeii ngeriii

Aien Not Alien said...

kasihannnn...dah tahu jangan berenang lagi dekat kawasan amaran tu..hihi

Izbeta Shyah said...

MINTAK ALAMAT AWAK. BG DEKAT KOMEN BLOG KITA JE EH, KOMEN NI TAK PAYAH APPROVE

aisya said...

menakutkan je.. huhu.. nasib baik kat malaysia ni xda.. Eh, betul lah xda kan?

Norlida Ramli said...

aih takutnya ngn ikan piranha ni..

jerung lg takot!haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah