Sunday, November 27, 2011

Nilai 3: Kelambu Mini & Lampu Tidur


Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah buat kalian semua yer. 

amacam? cuti cuti malaysia pergi mane..cuti 3 hari ni..mesti korang banyak program pergi mane-mane kan.. hehe tak lupa juga menghadiri kenduri kawen. ewah ewah korang bila lagi nak kawen. asyik pergi kenduri orang je. kenduri sendiri bile lagi yunk oi..hikhikhik termasuk la tuan blog yang bercakap ni. hahaha

hari ni daku pergi Nilai 3. kalau nak pergi Nilai 3 kena ada tujuan. kalau tak confirm la duit korang melayang tak pasal-pasal. sebabnya banyak pilihan menarik bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. eh cik jijah nak kawen ke. confirm soalan ni kedengaran. ngehngehngeh

tujuan pergi sana sebab nak cari kelambu dan lampu tidur! tu jer. mesti tanya watpe susah susah pergi sana. ok sebabnya kat port dickson dan seremban nan ado jual kelambu kecik tu. huhuhuhu daku dah usha dah. payah benor nak cari. so kat Nilai 3 lah banyak pilihan. hehe

ikutkan sebenarnya daku nak beli katil yang tiang empat tu. kira letak je kain setiap tiang tutup katil tapi mak daku tak berkenan katil tu. huhuhu so abaikan jer. so sekarang di sebabkan katil daku tu kosong je. jadi beli la kelambu mini ni. gantung kat siling dan ia akan menutupi seluruh katil. cer tengok gambar di bawah ni.



rupanya kelambu mini begini. gantung je kat siling tu.



ni dia dalam bungkusan lagi. harganya RM100. weee~~


kelambu mini ni tinggal nak gantung je. beli warna putih sebab cadar dah kaler pink! eh mesti kena pakai kelambu nanti nyamuk mengintai malam-malam. hahahahha~~~ :p

kemudian cari lampu tidur! banyak pilihan sebenarnya yang cantik cantik. ada yang daku berkenan warna putih bila buka lampu keluar bunga ros. tapi bila pikir balik nak jimat baik beli yang berpatutan jer. hehe so lampu yang tak berapa nak comey sangat ni tapi janji murah RM59 buy 1 free 1. so daku rembat la 1 dapat 1 lagi. muahaha^^


opsssss terletak pulak gambar kanak-kanak riang tu! hahaha


baiklah misi mencari kelambu mini dah settle. rasanya takde lagi kot yang tertinggal. hehe tinggal hujung bulan 12 atau bulan satu nanti nak beli beg untuk kasi jemputan,dan door gift. semoga semuanya berjalan dengan lancar. insyaAllah.~~


simple sudah. banyak nak guna duit lagi pasni. huhuhu




22 doakan hakimi jadi anak soleh:

Wanie said...

weee..baru nak tanye watpe pasang mini kelambu???haha..alasan nyamuk kurang kukuh la :P
tapi comey gak ade mini kelambu tu kan..

Juliet_iRa~" said...

wahh cik jijah nak kahwin dah ke???

heee..suka kelambu gak..suka katil tiang empat gak..ala2 mcm princess..tp mak ira xbg beli..hahaha ;p

Cik Rose Cute said...

udah lama tak pegi nilai hihihi

Solihahazahar said...

kat Nilai mmg mcm mcm adoo. tudung sikit belambak jee kat situu *ceh ade kene mengene?

shida'R said...

eee...xsabar lah nk tgk seri pgantin nih ^_^

Azzah said...

biar berserdahana tapi cantik.nanti hari langsung boleh hias ikut kreativiti masing2 kan?

Kak Long said...

comelnye kelambu mini cik azizah..kak long pn rs mcm nk beli jgklah..hehe

Azhafizah[フィザ] said...

kalau pg nilai3 poket kene penuh..hehe.mmg kalau bawak list pun dan ade tujuan..tapi ade je bende lain yg dibeli nnti..hehe..biaselah tu kan....siap ade kelambu tu..zaman skang xde nyamuk da jijah..akekekeke..lampu tu nampak unik..nice la pilihan jijah..

AYuNG said...

waaa....cntek bilik:)

Cik Azizah said...

@Wanie nyamuk tu saja2 je. alasan sebenar sebab katil di bilik pengantin terlalu kosong. tu yang pasang kelambu comey.

Cik Azizah said...

@Juliet_iRa~" haha nak kawen la ni. hehe suke jugak tapi mak pon xkasi, huhuhu

Cik Azizah said...

@Cik Rose Cute hehe pergi la bila ada tujuan. kalau tak duit habis jer.

Cik Azizah said...

@Solihahazahar jijah tengok tudung cantik2 rm10 jer..peh giler la!

Cik Azizah said...

@shida'R hahaha berseri ke..comot ade lah..muahaha^^

Cik Azizah said...

@Azzah hari langsung lagi cantik nanti. ni wat simple2 jer.hehe

Cik Azizah said...

@Kak Long beli kak long jangan tak beli! memang comey!

Cik Azizah said...

@Azhafizah[フィザ] nyamuk tu bermaksud orang skodeng! hahahaha tahu xpe. habis aje kalau pergi nilai 3. rm1000 bawak pon xcukup. hehe

Cik Azizah said...

@AYuNG haha xtunjuk bilik pon. tunjuk lampu jer. ekeke :p

MaYa MustWany said...

nilai 3 memang elok nak beli barang hantaran.time akak mas pun,memang banyak dapat dalam in budget lagi.

Cik Azizah said...

@MaYa MustWany tapi mesti kena ada list kalau tak main beli jer tak berbudget! hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah..bak yg free kasi yui..hahah..cntikla kelambu tu..

Cik Azizah said...

@nuyui a.k.a miss YUI wueeekk xleh! hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah