♥Fresh From Oven Cik Azizah♥

Wednesday, December 7, 2011

Borang Permohonan Nikah Dah Hantar!


Assalamulaikum..

4 days to go~~


klik tumbesaran yg sihat


Korang dah baca tak entry lalu berkenaan Prosedur Pernikahan. Dalam entry itu, satu demi satu langkah bagaimana nak memulakan proses pernikahan telah di terangkan.


Adehhhh~~ sebulan baru nak siap permohonan nikah ni. lagi seminggu nak majlis tunang baru nak hantar ke tok imam. sudah melampau jijah ni kan. Muahahaha ^^ korang jangan ikut cara daku pula yer. borang permohonan nikah ni kena siapkan 6 bulan sebelum majlis pernikahan tau.


klik tumbesaran yg sihat

Balik tu daku tengok dan baca checklist yang ada dalam borang tu. Kena sediakan Surat Akuan Bujang daripada majikan. Laaa daku ingatkan Surat Akuan Bujang ni perlu pihak lelaki je. Rupanya pihak perempuan pon kena buat. Nasib baik orang pejabat daku tu tak cerewet. Senang je mintak. Hehe ~~ 


Peh banyak jugak borang borang dokumen perlu isi dan perlu di photostat jugak. Senarai ini semuanya di perlukan seperti dalam borang permohonan untuk nikah. Dokumen Sokongan Borang Permohonan Nikah dalam entry ini.


Memang mengelabah la nak siapkan semua benda. Nak-nak nak tunggu dokumen borang nikah dari abg navy. Die punya lagi banyak prosedur, leceh kalau berkaitan askar ni. hehe Kena jumpa KAGAT then ada soalan interview yang perlu di jawab. kemudian die kena pergi jabatan agama Islam kat negeri tempat keje beliau. soal jawab lagi dan di proses untuk dapatkan surat pengesahan berkahwin dari pihak lelaki.


Surat pengesahan berkahwin pihak lelaki perlu di kepilkan bersama-sama borang permohonan pengantin perempuan kemudian hantar ke jabatan agama Islam negeri kita. Dokumen-dokumen permohonan pernikahan ni mengambil masa 3 hari untuk di proses [ikut negeri]


Alhamdulilah lepas je abg navy settle borang permohonan berkahwin bagi pihak lelaki, dia terus bawa balik sini [PD]. borang tu abg navy dan ayah daku sendiri dah pergi hantar ke rumah tok imam pada hari sabtu lalu. bincang-bincang juga dengan tok imam bila nak buat tarikh dan masa nak nikah. syukur la pada masa itu tok imam ada kelapangan dan sedia menikahi kami berdua.. ekeke :p dan tok imam sendiri akan bawa borang tu untuk proses ke Jabatan Agama Islam Port Dickson. kena bayar RM15 untuk pendaftaran bernikah. 


fuh nak menunggu die siap semua dokumen ni memakan masa sebulan. banyak betul dugaan sampai nak nangis rasa.  tapi ok lagi member dia yang lain 3 bulan baru siap. ni abg navy betol betol sebulan dah settle. sebab awek dia ni asyik desak je. kahkahkahah~~ mesti ustaz die cakap budak ni tergesa-gesa nak nikah! muahaha^^ benda baik patut dipercepatkan. hehehe

settle urusan tok imam dan borang-borang untuk nikah dah hantar pada jabatan agama Islam. nampaknya 11.12.11 boleh dijadikan majlis pertunangan dan pernikahan jijah. Alhamdulilah doakan yer ^^



24 doakan jijah cepat transfer semenanjung:

UyaRayza said...

wahhhh cepatnye hehehe..kalau johor ambek borang je kena 3 bulan sebelum..uya lagi 2 bulan x siap2 lagi borang hahahahahah

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah..tros nikah ni..hehe..

bgus2..

farah@engoys said...

Waaaaa..... mesti baca entry ni... huhu... rasa nak kawen juga...hehehe.... I like your blog Pink.....pink..pink....

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

yay! jijah boleh kawen.tiihihi~ congratss dear.

gadizgula said...

bestnyer...lepas ni dah leh kawen ;D

WANDA said...

alalalalaa...sukanya dia..hehee cik abg awak tu mesti tak senang duduk..hahaa

Mrs & Mr ArMy said...

Alhamdullilah,..berjalan dgn lancar smuenyer,.tahniahh jijah,..!! ak pasti dtg kenduri ko,.umah kitekan dekat ajer,.heheheh

Cik Azizah said...

@UyaRayza haha ni ekspress rakyat...sebulan jer..ala nak nikah kan takkan la die xleh kompromi pulak..ekeke :p

Odah + One = OdahOne said...

lega bila dh setel borg nikah kan just tgu hari jek...hoho

azam said...

:) kena bayar ek??

dulu xpayah byr pun

Aidah said...

alhamdulillah.. semoga selamat semuanya.. =)

afzalsukasuki said...

haha jijah2 :) jangan salah tulis nama plak!hahaha

aisya said...

semoga dipermudahkan semuanya ye.. =)

Juliet_iRa~" said...

moga semuanya selamat dear..:)

rumit juga ek..heeee

Elie Lily said...

nanti jangan lupa jemput ya! :)

Azhafizah[フィザ] said...

wahh jijah..itu dah sangat bagus..sekali buat senang..happy for youlah jijah ^__^

diana said...

6 bulan sebelum berkahwin??
cemana kalau baru 3 bulan kenal lepas tu nak kawen??kena tunggu 6 bulan jugak la ye??
hehehehe...

kat negeri 9 je la kot..
sebab akak kawen 2 minggu nak nikah baru hantar borang..:)
tu kat perak la..

izaFiza said...

halamak dear.6 bulan dah leh start ke permohonan?thankz for da info..=)

Khairil said...

memang sibuk sampai hari kenduri nanti ni....semoga selamat dan dipermudahkan urusan oleh-Nya....aminn...

C i k P i p i T e m b a m said...

wahh.. wish semuanya ok lah nnt.. hehe.. rilekss k :D

Wanie said...

nampaknye kena buat sekaarng la klu nak kawen taun depan kan..hehe

shida'R said...

hehe..gembira untuk jiejah..sng dan happy tgk kawan2 dah mndrikn masjid ^_^

caliph shuriken said...

bguslaa klau semua dh ready.. congratz jijah, wish awal2 ni ^^

Cik Azizah said...

@diana sekurang2nya 6 bulan awal. lewat xpe. tapi jijah seminggu baru nak hantar borang nikah. hahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah