Tuesday, June 12, 2012

Kos Kahwin? Kenapa Pengantin Risau Untuk Berkahwin?


Khas untuk orang bujang dan yang merancang untuk kahwin. Sedikit checklist bajet perkahwinan jijah tempoh hari.. 

Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.

Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara semudah tu sahaja.

Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.ngeee~~ (Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)



Kos 1 - Maskahwin

Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda...!" hahaha

Kos Negeri Sembilan RM 200


Kos 2 - Duit Hantaran

Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman daku daripada kawan-kawan, keluarga...bila ditanya isu ini, paling sikit keluarga minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.


Kos 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan,gelang kahwin

Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi memang nasib lah.

Sediakanlah sekitar RM 1,000-RM 3,000.


Kos 4 - Barang hantaran lain

Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh kan. Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop. muahaha :p

Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard. Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran tau.


Kos 5 - Baju nikah

Selalunya baju ini ditempah. Mungkin boleh di pakai balik masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri. Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.

RM 500 - RM 1000.


*Kos 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin

Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi...hakhakhak :p

RM 500 - RM 1,500.

*Kos 7 - Mekap

Selalunya di pakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 200 - RM 500.

*Kos 8 - Set Pelamin

Selalunya di pakejkan juga bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 1000 - RM 2000.


Kos 9- Set Kahwin Lengkap

Kalau set kahwin lengkap yang biasa di tawarkan oleh butik pengantin. Kita kira yang ni la yer. Kos no 6+7+8 makanya:

RM1500 - RM3000


Kos 10 - Jurugambar

Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan? Yang mahalnya sebab ada custom album,photobook la dan macam-macam lagi.

RM 1000 - RM 3000


Kos 11 - Duit untuk jurunikah dan saksi

Perkahwinan di Negeri Sembilan ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing ye.

Kos sekitar RM 150.


Kos 12 - Kad Jemputan

Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah korang buat sendiri la kalau kreatif. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga. Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.

Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang?

RM 500 - RM 1,000


Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin lelaki sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

Lebih kurang RM 16,000

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk korang.


Kos 13 - Duit khemah / Sewa dewan

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran. Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.

RM 2,500 - RM 10,000


Kos 14 - Duit makan kenduri

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran. Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.

Kalau di kawasan Port Dickson dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.

RM 10,000 - RM 20,000


Kos 15 - Bilik pengantin

Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.

Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ. Yang kena beli semua, ingat murah ka?

RM 1,500 - RM 3,000.


Kos 16 - Doorgift

Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah. Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.

RM 1000 - RM 3000.


Kos 17 - Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ? Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

Anda minta saudara kalian meriahkan majlis kalian, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda. Ia berbeza mengikut lokasi.

Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.


Kos 18 - Contigency

Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal. Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal. Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.

Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin

RM 16000 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)

Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan

RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

RM 34,500!!




Haaa!!


Umak Aih!

Psst. Tutup mulut tu abang long, kak long...

Amacam?

Berani beli kereta baru ?

Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?

Berani tak mahu buat business part time ?

Berani tak mahu belajar investment ?

Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos lebih kurang

RM 15,000


Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.

Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.


P/S: Informasi ni sangat berguna...berjimat cermat la supaya dapat membuat persedian awal kepada yang merancang untuk berkahwin....tak nak hidup penuh hutang piutang yer korang....


Terima kasih sudi buat kira-kira dengan jijah :D


49 doakan hakimi jadi anak soleh:

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus2 entry ini.. berguna sgt!

dilla nadila said...

betul tu jijah...
Alhamdulillah kita dah selesai tu sume....

so, yg masih merancang tu, ni hakikat sebenar ye.bukan rekaan semata-mata

ecadwinkyasha said...

eh..sikit lagi sama dgn hutang ptptn eca.hahaah :P

CINTA UNTUK KITA said...

aduhai kak.. jd cemas plak bce entry akak ni..huh! :)

CINTA UNTUK KITA said...

akak.. kyra just nk minta pndpt.. taun dpn klau d jodohkan tuhan, kyra nk brtunang.. hehe.. brpa ek kos tunang? pihak perempuan tanggung apa? pihak lelaki tanggung apa? ingat nk simple2 je, tapi entah le..:) tq kak!

aisya said...

kak jijah..
kalau sy kena tambah 1 point lagi.. tiket flight..

btw, nice sharing.. mmg sgt berguna.. =)

eima said...

jawabnye ramai la yg tak kawen klu nk kumpul duit ...wat loan peribadi lah ...hehehehe


zaman aku dulu 4 tahun lepas ... RM5K pun ade lebih utk kenduri ... cuma belah lelaki je kena byr lebih ckit utk brg kemas 1 set tak sampai RM2k mas kawen RM2k hantaran RM7K....

Azzah said...

Sis dulu untung skit kot sbb kos kenduri,ayah yg tanggung.sis cuma fikir bab hantaran je..

LiNda said...

hahaha..humangaiiiihh.Tingginye kos nk kawin, dah juling2 mate linda n raja wat kire2 ..nak kawin kene berusaha selagi mampu. :)

ayut said...

garu pale jap...wuhahaha :D adehhh..bt kira2 dgn jijah dh arini...ayuhlah ayut berjimat cermat :)

sis92 said...

sumpah kopak purse huhu

aisyiashraff said...

bagus2...tips yang berguna untk yg nk berkahwin..zaman sekarang ni kawin bukan guna duit cikit..lebih2 lagi sekarang ni..sumernye nak yang lebih dari orang lain..mksudnyer duit pun lebih yer..ukur baju dibadan sendiri..bukan majlis perkahwinan tu yang mengukur perkahwinan kita..selepas majlis tu yang baru dikira bermulanya jalan rumah tangga kita..moga kita sumer kekal hingga akhir hayat,,amin..

fiQRa said...

mungkin kos yg kak jijah kira tu untuk yang sudah bekerja tetap. lain pula kos bagi yg masih study dan baru habis study.. hehe.. RM15k tu banyak

Phat said...

inilah kenyataan nya.. realiti skang mmg x leh nak lari

azizah :) said...

@nuyui a.k.a miss YUI huhuhu tapi boleh murah lagi.. jijah kongsikan mane yg boleh :P

azizah :) said...

@dilla nadila yup! hakikat.. even dah bajet habis pon still nmpk banyak..huhuhu

azizah :) said...

@ecadwinkyasha hahaha jijah tak sampai 15k pon..

azizah :) said...

@CINTA UNTUK KITA akak dulu tunang+nikah lebih kurang rm5000. perempuan nak sediakan khemah,makanan,hantaran,mekap/baju. tp biasa untuk kyra buat simple2 je dah la.. tak sampai 2k kot.. lelaki yg mahal sebab nak bagi duit hantaran,beli cincin. tu je kot.

azizah :) said...

@aisya oh yeker.. susah tu.. haha :P

azizah :) said...

@eimasekarang barang kemas 1 set je pon dah mencecah rm5k.. emas tinggi sekarang..huhuhu

azizah :) said...

@Azzah ooo best! jijah kos kenduri pakai duit hantaran hubby bagi tu..

azizah :) said...

@LiNda raja la paling banyak nak bagi linda.. linda just guna duit hantaran tu je..

azizah :) said...

@ayutayuh la ayut n hafizal berjimat2 lepas ni.. hohoho

azizah :) said...

@sis92 rabak terus yang! hahaha :p

azizah :) said...

@aisyiashraff yup..ape2pon ukur baju di badan sendiri.. usaha ape yg mampu..

azizah :) said...

@fiQRa yup syg... rm15k ni banyak.. sesuai la yg bekeje tetap.. tapi masih study buat je ape yg mampu.. nikah tu penting kan..

azizah :) said...

@Phatbetulkan.. memang realiti. even baby berendoi pon banyak pakai duit kan abg phat..

Eza Boom Boom :) said...

fuh.... Heee mmg best la entry ni! :) mmg kena saving la lepas ni..Huhu. Nak kawinn.. eh, tetiba :P

azizah :) said...

@Eza Boom Boom :) memang patut kena saving ok :)

caliph shuriken said...

erkk, byk angka kosong.. tingat lirik lagu najwa, kosong.. kosong...

azizah :) said...

@caliph shuriken hahahaha kosong bnyk sgt dalam angka duit yg risau tu..huhuhu

Cik Siti Hajar said...

tak kawen lah saya kalau mcm ni....
:(

Liya Laa said...

terasa mls kahwin :(

Azhafizah[フィザ] said...

ni lah masalah besar nak kahwin ni..kalau takde duit xleh la nak kawin..mas kawin lepas da..yang nak buat kenduri semua tu lom lepas lagi..

CikMai said...

aduhhh kena mula simpan duit dari sekarangggg

~MiZz Atie ZieYa~ said...

mahai mcm ni..org takot nk minang anak mami :(

shida'R said...

lepas tgk list jiejah buat nih..kpala nek risau huhu... ^_^

azizah :) said...

@Cik Siti Hajar mesti kawen punya.. suruh cik abg simpan duit banyak2

azizah :) said...

@Liya Laa hahaa bukan kita keluar duit pon..laki yg bagi duit..

azizah :) said...

@Azhafizah[フィザ] mas kawen yg paling penting.. janji ijab n kabul :)

azizah :) said...

@CikMai memang patut myimpan dr sekarang k!

azizah :) said...

@~MiZz Atie ZieYa~ hahaha belanja kenduri yg mahal.. tp kalau nak yg simple2 tak la mahal gini syg~

azizah :) said...

@shida'R rezeki nak kawen InsyaAllah ada syg.. jgn risau k :)

Miss Tasantek said...

betul lah jijah. sokong.
dlu sha memang gedebuk gedebak 30k. itu majlis simple je takdelah bergendang gamelan bagai..
harga barang dah naik skang..nak tak nak kalua nak buat majlis...itu jelah yang ada.

even boleh buat loan, tapi sampai ank dah sekolah loan kawin tak abis lagi.

nti nak bersalin...barang2 baby lagi..
habis2 pon 4 ribu juga.
mengeluh pon tak guna, memang inilah yang kita kena terima hakikat :)

azizah :) said...

@Miss Tasantek yeahh org berpengalaman dah timpal.. betul kan.. sebelum,selepas kawen banyak pakai duit.. sebelum n selepas ada baby pon banyak lagi nak pakai duit.. inilah hakikat yg perlu kita terima :)

Hidayah Maznan said...

kak jijah thanks for sharing.. haish, risau2.. sy ngan pasangan Lt.Navy ada lah jugak planning nak kawin.. tapi mungkin taun depan, or taun lg 1.. harus bekerja kuat kumpul duit pasni..hehe

azizah :) said...

@Hidayah Maznan yup! harus masing2 keje kuat untuk bina rumahtangga :)

Noor Najwa bt San Sudin said...

Hmm entry yg sgt berguna. Jd takut pula nak kahwin. Kena menabung dari sekarang :)

azizah :) said...

@Noor Najwa bt San Sudin yup.. menabung dari sekarang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah