Tuesday, January 31, 2012

Petua Untuk Memilih Warna Pakaian Pengantin


Masalah yang paling ketara apabila ingin memilih baju pengantin ialah warna yang harus dipilih dan kemudian jenis kain yang sesuai. Pelbagai faktor harus diambil kira seperti saiz badan pengantin, warna kulit pengantin serta pasangan serta kos yang diperuntukkan. Tambah memeningkan kepala jika seorang putih melepak dan seorang lagi gelap hitam manis. Bagi yang berkulit putih, apa sahaja warna sesuai dikenakan tetapi bagaimana pula dengan yang berkulit gelap?


Warna-warna hitam, biru malam, ungu gelap, hijau gelap, merah hati dan seumpamanya adalah warna mewah. Kemewahan himpunan warna gelap ini amat berkesan jika dipadankan dengan warna kulit yang cerah kerana ciri yang berlawanan yang ada. Ia menimbulkan kesan dramatik! Jika berkulit gelap yang mengenakannya, ianya kurang menyerlah malah akan menenggelamkan seri si pemakai. Biasanya jika tiada unsur berlawanan, kesannya kurang menonjol.

Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan

Pakaian pengantin yang berwarna terang pula bermakna warna-warna segar ceria seperti putih susu, kuning air, ungu lembayung, oren cair, coklat cair dan seumpamanya. Jika yang berkulit gelap mengenakannya, ia akan menimbulkan kesan yang berlawanan yang menarik. Jikalau yang berkulit putih mengenakan warna-warna sebegini, ia akan menonjolkan gaya harmonis serta lembut.


gambar pernikahan tomok dan ayu

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pengantin tidak seharusnya memilih hanya bergantung kepada warna kulit sahaja. Saiz badan si pemakai juga amat penting kerana pilihan warna boleh menyebabkan si pemakai kelihatan lebih besar ataupun supaya kelihatan lebih kurus. Warna terang seperti kuning atau merah jambu akan menyebabkan yang berbadan besar kelihatan lebih besar manakala warna gelap boleh memberi ilusi yang lebih langsing.


baju persandingan masa kahwin nanti daku kaler pink+purpe. agak agak sesuai tak untuk kulit sawo matang,bertubuh kecil dan kurus macam daku ni. ce citer. ce citer ^^



Read More

Monday, January 30, 2012

Tak Sihat


Assalamualaikum


banyak entry tertangguh sejak2 akhir ni. huhuhu ini di sebabkan bukan jijah yang tak sihat tetapi asben jijah yang tak sihat. dah beberapa hari lepas die balik kg hari tu sehingga sekarang asyik demam panas sehingga mencecah temp 39 C. di tambah dengan sakit sakit badan. mata bengkak. perut kembung.

jijah tak dapat nak lawat asben kat Lumut. hanya sms,call je dapat jijah tahu keadaan die. huhuhu

doakan asben jijah cepat sihat yer. risau majlis tak lama lagi ni. jangan la jadi ape ape kat die. huhuhu kalau jadi die balik minggu ni. jijah nak terus hantar die pergi hospital! degil nya asben jijah tu. hanya Allah yang tahu. huhuhu

moga asben cepat sihat. InsyaAllah :)
Read More

Sunday, January 29, 2012

Petua Membeli Kasut Perkahwinan



Assalamualaikum ^^


Semasa upacara persandingan banyak juga mata memandang dari kepala hingga ke kaki. tak lupa juga kasut pengantin memainkan peranan penting dalam upacara perkahwinan. apabila kasut yang di pakai cantik,seragam dengan penampilan pengantin ia akan menimbulkan rasa puas bagi tetamu yang memandangnya.

Tips membeli kasut pengantin ini juga boleh di amalkan. Selamat mencuba ~~


Tentukan belanja yang diperuntukkan untuk membeli kasut pengantin. Peruntukan memainkan peranan yang besar dalam menentukan jenis kasut pengantin anda. Jika peruntukannya agak tinggi, anda bolehlah menempah khas tetapi kalau terhad, ada banyak kedai kasut yang menjual kasut yang sesuai pada harga yang berpatutan.
Utamakan keselesaan kerana pengantin tidak seharusnya berjalan terjengket-jengket, lebih lebih lagi jika majlis diadakan di dewan atau hotel. Untuk mengelakkan kaki melecet, eloklah kasut itu dicuba pakai semasa di rumah supaya ianya lebih serasi. Ataupun, pakailah losyen untuk melicinkan bahagian tumit kaki. 
Pentingkan seri atau keanggunan kasut tersebut. Ianya mestilah cantik dan menimbulkan rasa puas terhadap sesiapa yang memandangnya.
Ketinggian kasut juga harus diambil kira kerana ia mestilah sesuai dengan ketinggian pasangan. Tentu tidak padan jika pengantin perempuan yang tinggi lampai mengenakan kasut bertumit tinggi sehingga melebihi ketinggian pengantin lelaki.
Seelok-eloknya kasut pengantin sepadan dengan fabrik baju pengantin. Setengah pereka fesyen yang menjahit pakaian pengantin akan menggunakan cebisan fabrik pakaian sebagai hiasan kasut. Ini akan menimbulkan keseragaman ke atas keseluruhan penampilan pengantin. Jika baju pengantin itu disewa, mungkin pengantin boleh memilih kasut berwarna emas atau perak, bergantung kepada warna baju pengantin.
Pilih rekaan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki anda. Bukan semua orang sesuai memakai kasut yang terbuka. Lebih selamat dan untuk menutup parut-parut yang mungkin ada di bahagian kaki terutama di bahagian jari-jemari, pilihlah kasut yang tertutup.


Read More

Saturday, January 28, 2012

Gambar Terbaru Noh Hujan dan Mizz Nina


suka betol tengok pasangan hot ni. sama cantik sama padan. Noh Hujan pon dah berimej baru dengan ada misai dan janggut. terserlah kemachooan nya kan.



gambar mereka terbaru dalam majalah W&W.




bila tengok gambar di atas terserlah kemesraan mereka sebagai pasangan suami isteri. lagipon mereka berdua tersangat la sempoi orangnya. sweet sangat!

semoga kebahagiaan ini milik mereka selamanya. InsyaAllah :)

Read More

Friday, January 27, 2012

Checklist Kahwin Lagi Sebulan


Assalamualaikum..


Lagi sebulan ke arah Majlis Ikatan Dua Hati Azizah & Syafiq. 

Jadi di sini jijah nak update checklist kahwin yang terbaru. ada dah tick ada yang belom. maknanya pending lagi la tu. huhuhu berdebar pulak dah. ngehngehngeh..:p


1.SAVE THE DATE





2.PROSEDUR NIKAH




3.VENUE



4.THEME/CONCEPT




5.CATERING/CANOPY



6.WEDDING PLANNER: Nikah Suhana Bridal House




7.WEDDING PLANNER: Resepsi Renzbridal Seremban




8.WEDDING PLANNER: Bertandang




9.PHOTOGRAPHER




10.KAD KAHWIN




11.UKIRAN INAI



12.DOORGIFT/FAVOR




13.CAKE



14.MC/ENTERTAINMENT



15.GUEST LIST



16.WEDDING PROP





banyak gak yang DIY tu tak buat lagi. hohoho hish macamner nak curi masa ni. semoga di permudahkan segala urusan. Amin




Read More

Thursday, January 26, 2012

Wedding Inspiration: Henna


Assalamualaikum..


inai merupakan satu perkara yang selalu pengantin titiberatkan bukan. rasa macam tak berseri je kalau pengantin tak pakai inai. hehehe


nak dua bulan nikah inai ni pon masih ada lagi baki inai di kuku. hehe masa nikah dulu daku teringin nak pakai henna tapi di bantah keras oleh mak daku. sob sob sedih betol. last-last daku pakai inai di jari jer. huuuuuuuuuu~~ T_T


so kali ni. untuk wedding daku memang nak tempah buat henna. tak kira! nak jugak! hahahaha daku try survey area Pee Dee. kalau ada pon mahal wooo dua belah tangan mahu >RM100! wah sungguh tak berbaloi oke. kalau boleh nak yang simple jer. bunga-bungaan. henna inai tak haram tau. sila baca sini dulu.



cantik sangat kan kalau pakai henna. 

ni design kaki. ni pon cantik!



then daku godek blog BB. die kata ada jual stiker corak-corak inai ni kat mydin. terus daku pergi kat mydin seremban tapi nan adoooooooo~~ sedihnya tak jumpa stiker ni! huhuhu kan lebih jimat,mudah gitu macam BB buat.




tengok tu BB buat. senang je kan. 

total die guna hanya RM7.00 je.  berbaloi sangat kan..



so kalau korang jumpa kat mydin tempat korang tolong belikan jijah boleh?? pleaseeeee! merata jijah cari kat seremban-PD tapi nan adooooooo~~ please2..poskan jijah dan jijah tak kisah bayar berapa pon. tolong yer. memang tengah cari pon henna stiker ni. kesihani lah jijah.
 huhuhu :(



Read More

Wednesday, January 25, 2012

Selepas Sebulan :)


Assalamualaikum...


hai semuaaaa!! jijah back! hehe ok ok. mood bercuti dah habis. mari kita kembali kepada mood asal iaitu berblogging dan berfacebooking! padahal aku rasa aku sorang je bercuti. ekeke :p


seperti sedia maklum. cuti CNY dua hari lepas blog jijah turut bercuti. hehe ala bercuti pon sebab jijah tak boleh nak tumpukan perhatian pada blog sebab asben jijah balik weekand tu. kihkihkih


asben balik dari Lumut pada hari ahad tu. so kami decide jumpa kat KL jer. sebab KL boleh jalan jalan merata-rata. teheee~~


so kami pergi la time square time tu! serius macam tak caya jer time square sunyi sepi. ekeke :p



da lama tak bergambar berdua macam ni. huhuhuhu



serius sangat rindu asben jijah!


maaf ambil gambar pakai handset murah jer. hehe pucat giler muka jijah kan. jadi la daripada takde kan ~~ :p so semalam selasa jijah hantar asben naik bas ke Lumut balik. lepas ni sebulan lagi dapat jumpa masa wedding kami 25 dan 26 februari 2012 :)


doakan kebahagiaan jijah dan asben k. 
 asben jijah jauh korang je yang ada. jijah sayang korang semua ^^




Read More

Wordless Wednesday [4]- Kolam Renang





Kolam renang di tingkat 57, Marina Bay Sands Casino, Singapura. 
Ada sesiapa pernah berenang kat kolam ni? hehehe


jom klik sini
Read More

Sunday, January 22, 2012

Blog Cuti Dua Hari


Assalamualaikum..


Selamat Tahun Baru Cina bagi yang menyambutnya.
Gong Xi Fa Cai juga di ucapkan pada staffnurse HPD serta doktor doktor.
tak lupa my lovely Dr Pakar Peadiatric Dr Yap!
Gong Xi Fa Cai!!


oh ya.. asben jijah balik hari ni.
selama sebulan tak jumpa ni. rindu giler ai nok!
memandangkan bila asben balik. tanggungjawab sebagai isteri perlu di laksanakan. ececeh..
so jijah pasti jijah tak dapat nak tumpukan perhatian pada blog,facebook nanti.
maka terhasil lah entry ini.


maaf yer kalian..
segala kesulitan amat di kesali.

InsyaAllah jijah akan mulakan berblog berblogwalking dengan jayanya pada hari rabu nanti. 

sayang korang ketat ketat!! muaaaaaahh xoxo :p


Gong Xi Fa Cai!!
Read More

Saturday, January 21, 2012

Majlis Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee

Assalamualaikum..


Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi semalam.

Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.




Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu 
1.set pakaian lelaki, 
2.sedulang manisan, 
3.kelengkapan baju melayu, 
4.sejadah 
5.jubah, 
5.gubahan bunga rampai, 
6.replika rumah, 
7.sebuah iPhone
8.sebentuk cincin.


Farah Lee menerima 7 dulang hantaran berupa 
1.gubahan sirih junjung, 
2.telekung dan sejadah, 
3.sebentuk cincin dan mas kahwin, 
4.sebuah rumah, 
5.sebuah Mac Book Pro, 
6.sehelai baju kurung
7.senaskhah Al-Quran.


Ally Iskandar & Farah Lee

ai suka baju die ok. simple dan sweet jer :)


Tahniah Ally Iskandar dan Farah Lee! bercinta selepas kahwin akan kekal selamanya. InsyaAllah.Amin
sumber oh bulan 


Read More

Friday, January 20, 2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia l Al Fatihah


Assalamualaikum..


Innalilahi di ucapkan kepada arwah Izwan Pilus. Berita ni daku dapat tahu apabila mendengar berita dari corong radio senja tadi. terkejut juga mendengarnya. macam tak caya. tetapi itulah hakikat yang harus kita tempuh kan. Arwah meninggal dunia kira-kira jam 6.15pm tadi. Punca nya di khabarkan ada jangkitan kuman pada salur darahnya. mungkin penyakitnya datang secara tiba-tiba terus menyerang lalu merosakkan salur darah lantas meninggal dunia. 


Emm balik je terus buka blog beautiful nara.


Aril AF mengesahkan melalui laman twitter nya sendiri.






Allahyarham berusia 33 tahun meninggal dunia di Hospital Ampang. Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.



Arwah Izwan minta Aril jaga ibu bapa
suke lagu kembali senyum arwah

Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.



baru balik dari beli baju majlis bertandang dengan mak mertua. jijah update later k :) jom klik sini


Read More

Alamak!! Kompang Belom Booked Lagi!!



Assalamualaikum..





google

Alamak!! macamaner boleh lupa kumpulan ni pulak. wuaaaaaaaaaa T_T masa berjalan dengan pantas nya. tinggal sebulan je lagi untuk jijah di kepak kepak pung kan.. teheeeeeeeee~~
Kumpulan kompang majlis resepsi jijah belum lagi mak ayah booked! adoiii cuak ni cuaaaaakk!!

sebulan je lagi ni baru 65% je persiapan siap! bunga telor,doorgift,kumpulan kompang ni,bunga meja beradap,kerusi meja beradap semua belom siap lagi!.

mane nak cari kompang ni. adoiiii pening maaaaa ~_@ 


CNY pon ada iklan petronas kan..mmg terbaik maaaaa~~ klik sini


best giler video klip yg nyanyi dlm KLIA, pramugari&pramugara pon joget sekali..best giler! thumbs up jika anda bangga jadi org malaysia!!! :D nak tengok video tu klik sini

Read More

Thursday, January 19, 2012

Maksud Pemberian/Hadiah Lelaki kepada Perempuan


Assalamulaikum..


cer check ❤ MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KEPADA PEREMPUAN ❤


✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ

✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ

✔ GELANG → Tanda mesra ツ

✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ

✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ

✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ

✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ

✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ

✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ

✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ

✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ

✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ

✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ

✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ

✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ

✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ


#Tetapi hadiah yang paling di nanti2kan oleh setiap perempuan adalah...


❤ MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlas mencintai kamu ♥



hehe . .cer check kaum hawa kalian dapat hadiah ape dan mane satu =,=' ♥ i like it like that!! woooo ooooo~~
Read More

Pencarian Doorgift Bermula


Assalamualaikum..


hohoho lagi sebulan baru nak cari doorgift. suka sangat buat keje last minit~~ :p opsssss jangan marah! daku punyai banyak kekangan dari segi masa. huhuhu




so pencarian doorgift bermula dari sekarang...emm actually daku nak cari doorgift cawan ala-ala macam pitca atas ni. comel bukan..nampak simple dan boleh cipta kelainan sikit untuk majlis nanti :)


ada ke website jual online cawan ni eh. boleh tulis tulis macam ni.. hehe ada sesiapa tahu leh gitau daku..



Read More

Wednesday, January 18, 2012

TQ Tag Kalendar untuk doorgift


Assalamualaikum..


yey!! tq tag kalendar daku da siap dan selamat sampai pon..
pantas sungguh servis dorang. memang berbaloi sungguh! kualiti pon ok.
daku order 1000pcs bersaiz business card dan belakangnya ada kalendar 2012..
menarik bukan?? teheee~~


kalendar 2012. boleh korang letak dalam purse. wink wink wink ^_^


nama pengantin memang over ok! hahaha


Alhamdulilah suke sangat! yang penting pink. hahaha


harga: RM100 1000pcs


tq tag ni untuk di letakkan bersama doorgift nanti :) tak lupa juga setiap kad kawen yang jijah pos jijah letak sekali tq tag kalendar ni sebab jijah tahu tak ramai yang dapat hadir wedding jijah nanti, atleast ada kenangan dari wedding jijah kan ^_^ 


Read More

Wordless Wednessday[3]- TQ Tag Kalendar


Assalamualaikum..




^_^


Read More

Tuesday, January 17, 2012

BE Digi Dah Metered


Assalamualaikum...




agak lama tak kedengaran citer pasal nuffnang kan. kalau dulu heboh je nuffnang bagi BE lah..hehe mungkin kah BE tahun 2012 ni tak sehebat tahun lalu? daku tak tahu sebab daku belum punya BE untuk tahun ni lagi. huhuhu


oh ya. sebenarnya lama jugak BE Digi I Get My Buddyz Get berjoget joget dalam blog daku ni sejak november lalu. lebih  dua bulan tu. Alhamdulilah rezeki masa nak nikah hari tu.


ni lah serba sebanyak BE sepanjang bulan jun hingga disember 2011 yang kesemuanya sudah menjadi ME. ok lah rezeki ada daripada takde langsung kan..bersyukur dengan apa yang ada. :)


belum rasa nak cashout lagi. asben cakap tunggu earning RM1k baru leh cashout. simpan je lama-lama dalam akaun. bukan terdesak nak pakai pon. so daku pon biarkan duit beranak pinak dalam ni ^_^ hehe


so di kesempaatan ni..ecewaaaaaahh...:p daku nak request BE dari nuffnang lagi untuk 2012. boleh la yer abg nuffnang. mane tahu rezeki untuk anak pulak kan kan. hahahaha verangaaaaaann :P


ok bye!


asben semakin rajin godek blog daku. kena cover cover penulisan la pasni. muahhaa^^
sila lah klik sini

Read More

Katering vs Gotong Royong Kahwin


Assalamualaikum..


Bila sebut pasal kahwin, benda pertama yang selalu kita pikirkan adalah penyediaan jamuan makanan kepada tetamu.

Mana yang lebih baik? Katering atau gotong royong.


Tak di nafikan la dalam kehidupan yang serba maju ni, ramai yang memilih untuk mengambil perkhidmatan katering. Mudah, pantas dan tidak memeningkan kepala bukan. Bayar sahaja, semua tersedia. Mudah bukan? Itu mungkin antara kebaikan jika kalian menggunakan perkhidmatan katering.


Tetapi ada juga yang berpendapat menggunakan khidmat katering menghilangkan semangat kemuafakatan, gotong-royong, bantu-membantu dan sedikit sebanyak mengikis hubungan silaturahim. Mana tak nya, mak long, pak ngah, mak su, pak lang hanya nampak batang hidung masa makan jer. Lepas tu? hilang mana tah g...betul tak kalian??


Tidak dinafikan, gotong-royong hampir malap dalam perkahwinan warga kota. Tapi, di kampung-kampung semangat ini masih lagi subur.Gotong royong tenaga dan masa di ganti dengan gotong royong meringankan perbelanjaan tuan rumah.Jadi apabila jamuan di sediakan oleh pihak katering,tidak lagi memasak secara gotong royong,maka katering yang menawarkan harga ikut kepala akan menjadi tanggungan yang berganda.


Daku kadang-kadang terpikir la mana yang lebih baik di gunakan apabila membuat majlis perkahwinan nanti..Di sini gotong royong banyak dapat menjimatkan kos tuan rumah,makanan yang tidak habis dapat dibawa balik oleh jiran-jiran yang turut membantu.


Tetapi daku pon pernah terpikir alangkah bagusnya di buat secara katering kerana semua perkara di uruskan oleh syarikat katering..dan tuan rumah hanya menunggu tetamu datang sahaja. Tuan rumah tidak perlu pening kepala memikirkan sape yang hendak basuh pinggan,angkat makanan dan sebagainya.. Tetapi apabila menggunakan syarikat katering semua perkara dari angkat pinggan,basuh pinggan,sediakan orang-orang untuk topup makanan semua tersedia..Tetamu hanya perlu duduk dan makan sahaja. 


Emm..banyak kes yang daku dengar apabila gotong royong memang jimat tetapi dalam masa yang sama ramai yang songlap maksudnya ramai yang tapau bawa balik sebelum habis majlis lagi. itu kadang-kadang lauk tak cukup untuk tetamu yang hadir sebelah petang.


Sebenarnya ini terpulang la pihak tuan rumah..jika dia mampu mengeluarkan RM10x satu kepala untuk ketering..kalau da 1000 orang jemputan..maka RM10ribu diperlukan untuk katering sahaja.. tu pon paling murah la RM10..Kalian mampu??? wah..wah...duit hantaran abis untuk katering sahaja belum termasuk pelamin,photographer dan sebagainya..



sekadar gambar hiasan....


oh ya InsyaAllah daku menggunakan pihak katering. dimana pada pendapat daku katering ini memudahkan urusan makanan dari A-Z. tak menggunakan tenaga orang ramai. tak ramai yang songlap. hehe rumah tak berkecah. orang datang makan saja. makayah pon tak pening kepala kalau tak cukup makanan,air dan upah orang lain.


Kalian ada cadangan?? jom kita kongsi2 dalam entry ini....jangan lupa klik sini jugak.


Read More

Selamat Hari Lahir Ecadwinkyasha :)


Assalamualaikum..

To someone with a beautiful heart..




Happy Birthday to Ecadwinkyasha!

jemput ke blognya http://www.ecadwinkyasha.com.


Eca,
Selamat Hari Lahir Eca...
iringan doa akak hulurkan..
bersyukur kepadaNya atas nikmat usia :)



Selamat Hari Lahir Eca!!

jom reramai ucap happy besday kat blognya di sini :)


Read More

Monday, January 16, 2012

Kad Kahwin Dah Siap


Assalamualaikum..


yehuuu~~ kad kawen hitam putih daku dah siap dan selamat di terima pon. 
amboi berat seyh benda alah ni masa nak memikulnya. huhuhu
macam la banyak sangat. ekeke
ke ekau yg kurus sgt puan jijah oi. tak larat nak bawak. hahaha :p



walaupon ianya hitam putih tetapi bagiku ianya sangat bermakna..ecewaaaaah.. muahaha^^

dapat la review sikit. tak lipat pon lagi ni. huhuhu nanti nak guna masukkan nama baru lipat dan masuk envelope. kihkihkih


total 700pcs x 55sen
=RM385


jijah nak alamat korang. sila pm jijah di fb jijah atau email jijah yer di Ziezah_misi88@yahoo.com


tq korang :)




Read More

Sunday, January 15, 2012

Rita Rudaini Sedih Suami Keluar Rumah




Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara sejak seminggu lalu.

Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.

“Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,” kata Rita

Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.

Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.

“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,” jelas Rita yang begitu sedih dengan kejadian tersebut.

Sehingga kini Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.

Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.

“Hubungan saya dengan ibu dan bapa mertua saya tiada masalah. Saya ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal ini,” katanya.

Sebelum ini Rita dan birasnya, Zaquan telah “berperang” menerusi laman Twitter masing-masing apabila kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain.

Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.

Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.

Rita memberitahu, perbalahan menerusi Twitter berkenaan berpunca apabila Zaquan memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.

“Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya,” kata Rita.

Jelasnya lagi, jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh berhubung terus dengannya menerusi telefon.

“Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu,” ujar Rita.


mstar 


gambar terkini rita dan anak-anak


aduyai. kenapa lah kembarnya masuk campur kes dorang...tak best la gadoh2 camni. huhuhu bincang baik2 keh rita :)!!
Read More

Rahsia Warna Yang Menjadi Kegemaran Lelaki


Rahsia Warna Yang Menjadi Kegemaran Lelaki



Putih 

Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah 

Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan.Merah juga berkait denagn tenaga seksual juga kemarahan.

Jingga 

Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren 

Warna ini adalah campuran dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.



Kuning 

Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau 

Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Ungu 

Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .

Hitam 

Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat 

Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Jika mahu banyak wang,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .



ce citer warna ape dalam kategori anda?? teheeeeee~~ 
Read More

Saturday, January 14, 2012

Wardina Masih Trauma Kes Rompakan



Mereka merompak "perasaan selamat" saya




Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH”katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?



Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.



Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.



Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.



Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.



Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.



“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.



Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.



Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.



Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusun rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.



Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.



"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”


(Quran, Al-Falaq:1-5)



Saya, Amna dan Azra membacanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.



Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.



Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”



Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.



Yang masih trauma,

Wardina







Read More

Friday, January 13, 2012

13 Tips Ketika Dalam Perkahwinan


Assalamualaikum ^^

Perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksanakan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang perkahwinan berlangsung.


Mari kita semak 13 Tips Ketika Dalam Perkahwinan yang disediakan oleh Ustaz Azhar Idrus ~~




1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





Selamat beramal. semoga kalian berbahagia dalam rumahtangga yang di bina dan akan di bina^^

Read More

Rumah di rompak Wardina cemas selimut di rentap!





Personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah, 33, kerugian kira-kira RM20,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini dirompak oleh tiga lelaki yang memakai tudung. 

Perompak berkenaan dipercayai warga Indonesia berdasarkan kepada percakapan mereka.

Ketika kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, suami Wardina, Ikhwan Johari, 36, dipukul di kepala dan kaki menggunakan pemutar skru serta batang kayu sebelum diikat menggunakan wayar selama 45 minit.





Wardina Safiyyah Fadlullah, 33, dan suaminya Ikhwan Johari, 36, melihat barang di rumah mereka yang bersepah selepas dipecah masuk perompak pada awal pagi tadi di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa. 


dapatkan berita Kosmo terkini dan cocoaphilia di sini
Read More

Thursday, January 12, 2012

Perbezaan Story Book,Photobook & Mockup


Assalamualaikum..


wedding preparation masih berjalan lagi yer kawan-kawan. sila jangan muak. muahahaha~~cumanya tak de idea nak taip entry ape. teheeeeeeeee :p


tinggggggg!! idea sudah mari. hehe 


sampai sekarang daku masih mencari OP/official photographer untuk resepsi daku nanti. biasalah daku ni pengantin berbajet so bajet untuk cari OP dah tentulah yang menawarkan pakej ekonomi. hahahaa panggggggggg!! sila lempang laju laju. melampau betol pengantin ni kan. kahkahkahkah


tu satu hal dan satu hal lagi daku ni masih blur-blur dengan istilah istilah album ni. almaklumlah bukan photog wedding pon kan. so masih blur blur dengan istilah story book,photobook & mockup.

dari apa yang daku search. jika ada OP yang membaca. sila betolkan kalau salah yer..

Custom Album = gambar gambar anda yang telah di edit akan di printkan di atas kertas tebal.. boleh laminate lagi.. gloss ke.. matt ke... ikut suke la.. cover leh tambah crystal..
Photobook= Hard cover.. tapi untuk isi dalam pakai paper macam majalah punye... editing seperti custom album..lebih ringan,licin dan mudah di bawa.
Macam mock up album pula cover je boleh custom made kulit keras dan cover tu ada gambar pengantin.. dalam tetap sticky album jugak..sticky album ni album biasa macam yang ada kat pasaran tu...

ok. ada yang masih blur blur macam daku lagi tak. hehe so dengan keterangan ni daku paham la sikit-sikit.




Read More

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah