Thursday, July 25, 2013

Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Kesihatan


Seperti yang diketahui ramai, kelapa sememangnya mempunyai seribu satu kegunaan. Keseluruhan pokok kelapa termasuk airnya turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia





Antara khasiat air kelapa muda untuk kesihatan anda ialah : 

Air kelapa sebagai minuman isotonik kerana ia membekalkan tenaga dan mengandungi nutrien penting seperti kalsium, potasium, magnesium, sodium, riboflavin, klorida dan elektolit.

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Malah ia dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan.

Air kelapa berunsur alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid yang tinggi dalam badan manusia. Oleh itu ia dapat menstabilkan PH dalam badan anda. 

Berguna untuk ibu-ibu yang mengandung bagi mencantikkan kulit bayi dan mudah bersalin. Ia juga dikatakan dapat memperbanyakkan air ketuban bayi.

Dapat mengelak tubuh dari terhidrasi dengan menambah kandungan air dalam badan, memberi tenaga kepada badan anda seterusnya meningkatkan stamina badan.

Ia membantu melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh dan membawa oksigen ke sel badan manusia.

Air kelapa turut digunakan sebagai minuman diet kerana fungsinya sebagai minuman isotonik dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang tanpa menjejaskan bekalan nutrien penting kepada badan.

Air kelapa dapat meningkatkan sistem imunisasi di dalam badan bagi melawan penyakit.

Dapat mengubati pelbagai penyakit seperti selsema, demam campak, demam panas dan demam kuning pada bayi. Risiko mendapat penyakit kanser, buah pinggang dan batu karang dapat dikurangkan jika minum air kelapa muda. Ia juga dikatakan berkesan untuk mengawal AIDS.

Selain itu, ia dapat mengawal kandungan gula di dalam darah, jadi amat sesuai diminum oleh pesakit diabetes.

Ia dapat mengeluarkan toksik di dalam badan dan juga melawan kuman didalam tubuh anda. 
Mengatasi mabuk dan keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Bagi yang panas badan, boleh minum air kelapa kerana ia dapat menyejukkan badan di samping menstabilkan suhu badan.

Berfungsi membersihkan sistem pencernaan dalam badan dan mengelaknya daripada tersumbat. 

Bersifat antigen, jadi berkesan untuk mengubati parut akibat terbakar, jerawat, gatal-gatal badan dan sebagainya.

Salah satu bahan rahsia menyedapkan masakan seperti kari, gulai dan rendang.


p/s: sekarang ni gian hari-hari minum air kelapa.. sedap woo~~



26 doakan jijah cepat transfer semenanjung:

Chic Na said...

suka minum air kelapa time bukak puasa.. tak tau pun banyak khasiat dia.. hehe..

Ayu Zan said...

petang ni nak buka puasa air kelapa la.. hihi..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

kalo anak kena cirit birit elok bagi minum air kelapa dapat legakan cirit birit dierang...
tetibe teringat coconut shake hehe

mOoN said...

dah dekat nak bersalin bagus minum air kelapa ni...husband je x faham bila sy kata bagus... huhuhu

eima said...

ok la bagus minum dah akhir2 due ni .. nanti baby keluar bersih je ..org tua2 ckp .. nanti kulit kepala die tak dak la berkerak ... amalkan ye

IbuNoey said...

alamak..teringin nak minum air kelapa..tapi kandungan akak baru masuk 4 bulan..tak berani la nk minum air kelapa....

azizah :) said...

@Chic Na banyak sangat khasiatnya...

azizah :) said...

@Ayu Zan beli tau! sedapp ohh

cha said...

ni mmg fav i ni. kalau boleh hari2 nak minum uhu tp masa awal2 pregnant tak digalakkan minum kan?

azizah :) said...

@(Lizz) http://haslizalizz.com/ kan.. terus lega cirit birit kan kak..

azizah :) said...

@mOoN hee kena paham la.. tu yg bagus tu..bersihkan kulit anak..

azizah :) said...

@eima haah kak.. mmg hari2 jijah amalkan kak..

azizah :) said...

@IbuNoey jangan minum dulu kak.. bahaya!

azizah :) said...

@cha haah awal2 pregnant kalau boleh jangan minum..

ros_reeza said...

sedapnya air kelapa. feveret ni. minum time bukak posa, memang nikmat!

azizah :) said...

@ros_reeza memang nikmat kak! sedapp ooh..

Deqla Manjew said...

byk khasiat.. bulan puasa ni deqla suka minum air kelapa.. puas rasanya...

azizah :) said...

@Deqla Manjew puas dapat minum air kelapa kan..sedapp sangat!

nuyui a.k.a miss YUI said...

bg kucing pun elok =)

aisya said...

favourite! hehe.. kucing sy pun suka minum air kelapa..

azizah :) said...

@nuyui a.k.a miss YUI kan.. ternyata berkhasiat!

azizah :) said...

@aisya bagus2.. sihat kucing tu..

Eca Dwinky Asha said...

kalau kt uma parents, hari2 minum.ne kat uma sendiri..nk p beli pun malas sgt.berat oo.hahaha

azizah :) said...

@Eca Dwinky Asha beli dalam cawan jelah..hee

ayut said...

byk sungguh khasiat yer..mmg ptt pon jijah gian..hihihi ^^

azizah :) said...

@ayut memang.. sedap teramat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah