Wednesday, July 31, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke 35




35 minggu= 31/7/13


Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Seronok jika mengamatinya bergerak ke kiri dan ke kanan di dalam perut anda. Daripada masa ini, bayi akan menukar posisi kedudukannya kepada kedudukan kelahiran dimana kepala bayi menghala ke bawah. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran. 

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 

Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air, bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. 




Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..





14 doakan hakimi jadi anak soleh:

Nurulhuda Abu Hassan said...

Amiiinnn.

Semoga sihat baby kak jijah ya. :)

Deqla Manjew said...

ehh berat baby jijah dah 2.4kg ye.. mesti x sabar sgt kan jijah nk tgk wajah baby.. bestnye.. jgn lupa minum air byk2.. ;)

aisya said...

berapa minggu je lagi kan kak jijah? :)

EZAN IDMA said...

semoga selamat semuanya :)

pena rozie said...

Semoga dipermudahkan.... Amin....

eMMe said...

Salam sayang Jijah!
sihat ke?
baby camner?
aktif x ari ni?

Akak doakan, jijah selamat sehingga melahirkan...

IbuNoey said...

wah,dah tak lama lagi tu...akak doakan jijah selamat melahirkan...

azizah :) said...

@Nurulhuda Abu Hassan InsyaAllah dik :)

azizah :) said...

@Deqla Manjew fuh berat dah tu 2.4kg...takut besar je.hee

azizah :) said...

@aisya lebih kurang 5minggu lagi...nervers!

azizah :) said...

@EZAN IDMA insyaAllah moga selamat :)

azizah :) said...

@pena rozie Amin ya rob!

azizah :) said...

@eMMe jijah sihat kak! aktif sgt baby hari ni.. moga mudah lah jijah bersalin nanti..

azizah :) said...

@IbuNoey Amin... mudah2an..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Cik Azizah Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah